Pages

Tuesday, November 2, 2010

Selalulah beringat


Selepas pusing-pusing dunia, ketemu aku dengan artikel yang terkena atas kepala sendiri:


"Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bilamana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi. Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.

Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.

Cinta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini. Terlalu sayang, sayang sangat-sangat hingga bisu untuk menegur kesalahan, sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta. Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.

Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah. Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini. Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)” asy-Syam (91:9-10) "

Bacaan penuh artikel di atas di sini

Moga aku gagah dalam mengawal diri sendiri...

Aku terkapai-kapai

Berfikir, berfikir, berfikir, sampaikan aku tidak tahu apa yang patut ditulis dalam nota hidup ku ini, aku seorang lemah dalam ilmu penulisan, aku ... aku.... dan aku...

02 November 2010
Kuliah sudah memanggil, aku masih lagi terlena dalam buaian mimpi dunia, kekawan semua sudah pulang meneruskan perjuangan di tanah air, tinggallah aku keseorangan di padang pasir yang penuh seribu harta karun, tersilap langkah boleh membawa padah, mengikut jalan yang betul, boleh membawa seribu kekayaan dunia dan akhirat...

mode: Marwan balik masia... waaa...

Wednesday, September 8, 2010

Salam Syawal 1431h


Salam Aidilfitri di ucapkan dan semoga kita dapat bertemu lagi pada tahun hadapan wahai bulan Ramadhan...

Sunday, March 7, 2010

deudin v2 (new template)

 deudin v2 (new template)

Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Sollallahualaihiwassalam

Hari ni dengan membuang masa sendiri telah menukar tema baru untuk blog ku.

Saturday, January 2, 2010

1431H dan 2010

Ada apa dengan 1431H dan 2010M



Salam dan Selawat ke atas Rasulullah Sallallahualaihiwassalam!

Perginya 1430H datang pula 1431H, begitu juga tahun masihi 2009 berlalu pergi diganti dengan 2010. Sudah 23 tahun dan menuju 24 tahun menyedut udara di bumi Allah ini, tapi sudah 25 tahun hidup dengan tahun hijrah, dari 1406H hingga 1431H. Adakah amalan ku makin bertambah dengan bertambahnya usia ataupun makin berkurang dengan kurangnya usiaku ini?

Awal Muharram detik permulaan baik untuk aku memulakan kehidupan yang lebih baik dari sebelum ini, adakah aku sanggup berubah kepada yang lebih baik berbanding sebelum ini? Orang lain berubah, aku juga mampu berubah.

"Cakap tak sama bikin" itulah kata-kata yang bermain di pintu telinga hati, aku selalu ingin perubahan baik untuk diri, akan tetapi aku selalu melakukan perbuatan yang berlawanan dengan kehendak hati baik, kenapa aku tak mampu untuk melawan dan membunuh nafsuku yang selalu jadi pengikut setia kepada hati yang jahat?

Aku suka dan sentiasa akan menang dengan permainan menakluk dunia, tapi aku selalu kalah dalam menakluk hati ini untuk memerintah badan sendiri dalam melakukan apa yang diperintah oleh Allah dan Rasul-Nya.


"Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu
berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan Nama Tuhannya
serta mengerjakan solat (dengan khusyu`). (Tetapi kebanyakan kamu tidak
melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
padahal kehidupan Akhirat lebih baik dan lebih kekal."
- Surah al-A`laa ayat 14 - 17



Semoga diriku ini tergolong dalam golongan yang sentiasa cuba mengubah diri dalam kebaikan dan mengerjakan amal yang soleh, dan semoga Allah memberi kekuatan padaku untuk bukan hanya kata-kata yang mampu aku buat, bahkan disusuli dengan amalan badan sendiri.

Semoga harapan pada tahun baru ini menjadi kenyataan dan sentiasa istiqamah melakukan perubahan pada diri dengan lebih baik.


"Doa itu melengkapi amal kebajikan
sebagaimana garam melengkapi makanan."
- Abu Dzar al-Ghifari رضي الله تعالى عنه