Pages

Monday, August 24, 2009

AP: Tolong Sampaikan Sedekahku Ini Kepada Para Pelacur...

Artikel Pilihan
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Al-Azhar al-Syarif,
Kaherah Mesir


Seorang ulama besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya.Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga.

Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar.Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?” Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.

Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, “ Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami,moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan,adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?

Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.

Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.

Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”Jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit,masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini.Kalau begitu tidaklah mengapa.Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.”Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan.Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut.Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.

Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini.Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu,saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian.Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka.Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini.Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.

[sheikh+badruddin+hasani.jpg]

Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala.Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belumpun sampai 20 tahun.

Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya.Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.

Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat.Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun.Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya.Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah.Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.

Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya,bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu, malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah.Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian.Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut.

Semoga Allah taala merahmatimu wahai Tuan Guru yang mulia.

Saya mendengar kisah tersebut daripada Guru Saya yang Mulia, Syeikhuna al-Allamah Dr Wafiq al-Hijazi al-Hanafi hafizahullah.

Al-Fatihah buat Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Al-Azhar al-Syarif,
Kaherah Mesir
http://nazrulnasir.blogspot.com

p/s: AP singkatan pada Artikel Pilihan

52 Tahun Berlalu

52 Tahun Merdeka?

Menggelitar website adalah salah satu hobi kegemaran mengisi masa lapang untuk mencari sedikit informasi, sedar tak sedar, rupanya dah nak masuk 31 Ogos. Semua orang tahu akan tarikh 31 Ogos yang dikatakan adalah hari Kemerdekaan sebuah negara yang bernama Malaysia. Definasi Kemerdekaan bolehlah rujuk di sini.

Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 52 tahun. Adakah kemerdekaan pada kali ini tidak akan meriah kerana tidak boleh merayakannya dengan hiburan yang melalaikan?

Disebabkan tidak boleh melakukan perkara yang melalaikan di bulan Ramadhan ini, seperti minum arak, menari dengan bukan mahram, menambahkan keturunan anak-anak Malaysia, melakukan maksiat berleluasa dan sebagainya. Maka kemerdekaan tidak lagi disambut dengan meriah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Rupa-rupanya kemerdekaan adalah hiburan semata-mata, yang mana telah dijajah minda muda-mudi dengan budaya kuning oleh penjajah sebelum ini. Bagi saya, Malaysia belum merdeka sepenuhnya lagi.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana bulan Ramadhan kali ini hadir pada bulan kemerdekaan, maka maksiat akan berkurangan di bumi Malaysia ini kerana barakah dari bulan Ramadhan yang Allah turunkan padanya.

p/s: Gambar di atas telah di hantar ke sifoo.com untuk pertandingan design kemerdekaan... hehe V(",)

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem


Allahumma ballighna Ramadhan

Salam Ramadhan, kullu hayat wa antum bikhair

Sudah 23 tahun saya hidup di muka bumi Allah taala dengan pelbagai nikmat yang telah diberikan oleh-Nya. Walaupun kehidupan ini bukan selalunya senang dan susah, tapi saya sebagai hamba di muka bumi ini seharusnya sentiasa bersyukur kepada-Nya. Sama ada hidup ini susah mahupun senang, kehidupan sebagai seorang hamba Allah taala harus diteruskan.

Dalam beberapa jam lagi, Ramadhan akan datang lagi untuk tahun 1430H. Adakah saya sudah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan barakah dan rahmat dari Allah taala ini? Adakah saya akan menyambut Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya? Adakah saya dapat merasai Ramadhan kali ini walaupun seminit?

Allahumma ballighna Ramadhan...

Allahumma ballighna Ramadhan...

Allahumma ballighna Ramadhan...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna... V(",)

Wednesday, August 19, 2009

Menulis Atau...

Menulis atau Mengarut atau Membebel?

Salamualaikum dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Sollallahualaihiwassalam,

Saya? Menulis? huh... Tak percaya dibuatnya. Saya ingin belajar menulis, tapi... Saya tidak mempunya bakat dalam dunia penulisan, sekarang saya menulis untuk sesuatu yang saya tidak tahu dan cuba buat tahu, pasti akan keluar keputusan yang mengarut dalam penulisan ini.

Jadi, sebagai seorang yang tidak berbakat macam saya ini, cubalah belajar dengan lebih baik pada masa akan datang. Banyak membaca, banyak belajar, banyak melakukan perkara berfaedah dari benda yang pasti tak ada faedahnya. Jangalah ulangi kesalahan sama untuk kali kedua atau ketiga dan yang pasti ia akan menyerlahkan lagi ketidakcerdikan diri sendiri ini.

Erm... Rupanya seronok juga membebel untuk diri sendiri, dapat juga buka hati yang tertutup dari menerima teguran yang berguna. V(",)

Saya selalu ingat akan pesanan dari seorang Ustaz semasa di Sekolah Menengah dulu yang menasihati saya dan kawan-kawan untuk pergi study di malam hari.

"Turun-turun... Pergi study nuh... Ingat pesanan mok ayoh" pesan Ustaz Amir

Tapi yang masalahnya, saya masih lagi berperangai sediakala, tidak berubah. Dulu kini dan selamanya.

Oh tidak... Saya mahu berubah...

Monday, August 10, 2009

'Retouch' Foto


'Retouch' Foto
Hari ini saya telah pelajari sesuatu yang lama bagi orang profesional dalam bidang designer, tapi baru bagi saya sebagai budak baru belajar.

Di sini saya retouch foto hasil tutorial dari Sifoo.com dan sedikit penambahan tulisan bayangan dalam air. Terimas kepada Sifoo yang sudi kongsi pengalaman dalam bidang designer.

p/s: sesiapa yang ingin belajar designer, anda hendaklah mencuba sendiri untuk membuatnya bagi menambah pengalaman. V(",)

p/s untuk diri sendiri: warna gradient ff9900, ffcc33, ffffcc

Google Analystics


Google Analystics
Analisis traffic adalah gadget yang biasa orang guna dalam laman mereka bagi mengetahui visitor yang melawat laman mereka, dan banyak gadget-gadget percuma dan berbayar yang disediakan dalam internet.

Hari ini saya ingin berkongsi Gadget pilihan untuk blogger iaitu Google Analystics. Gadget ini adalah keluaran daripada Google dan ia tidak semestinya untuk blog, tapi untuk semua jenis website bagi menganalisi traffic keluar masuk ke laman kita.

Jika blogger itu jenis mahukan traffic yang tinggi dan ingin tahu apa visitor perlukan, maka Google Analystics boleh memberi data-data visitor yang datang ke blog tersebut. Maka para blogger boleh membuat perubahan atau menambah maklumat yang diperlukan oleh visitor untuk menarik minat dan menambahkan lagi traffic ke blognya.

Sebenarnya saya tak pandai nak mengulas lanjut bab ini, jika anda mahu tahu lebih lanjut, sila lah ke laman web Google Analystic V(",)