Pages

Friday, October 2, 2009

Apa Yang Patut Tahu Tentang Sang Kekasih صلى الله عليه وسلم

BIODATA RASULULLAH S.A.W


Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib

• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah

11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah
(digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi
(anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]


Thursday, October 1, 2009

Syawal Datang Lagi



Salam Aidiladha kepada keluarga dan sahabat-sahabat sekalian, 

Selawat ke atas junjungan Rasulullah Sallallahualaihiwassalam


Sudah berlalu pergi Ramadhan yang penuh barakah, datang pula Syawal yang mulia.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf zahir dan batin, semoga Ramadhan yang telah berlalu membawa seribu tahun kebaikan dan keredhaan Allah dan Syawal menjelma sebagai kemenangan kepada sesiapa yang berjaya dalam menempuh ujian sepanjang Ramadhan.

Adakah saya layak untuk bergembira di bulan Syawal ini? Sedangkan amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan tak seberapa?

Solat rawatib untuk menampung kecacatan yang ada pada solat fardhu, puasa sunat enam untuk menampung kecacatan pada puasa di bulan Ramadhan, semoga Allah memberi kekuatan kepada diri untuk meneruskan ibadah dan mendapat keredhaan dari Allah taala.

Aidilfitri tanpa Ibu
Tahun ini walaupun beraya di Malaysia, tapi kesunyian dan kegembiraan tak sama dengan sebelumnya, walaupun saya pernah beraya tanpa ibu dan ayah di perantauan, tapi kali ini tanpa ibu di pagi raya membuatkan diri rasa sunyi.

Ibu terpaksa pulang ke kampungnya di seberang sempadan seawal pagi raya kerana dikhabarkan datuk sedang sakit tenat. Saya tak dapat untuk menemani ibu kerana masalah keselamatan tak dijamin untuk orang lelaki pergi ke sana. Maka saya beraya tanpa ibu hampir seminggu, tapi bagaikan bertahun lamanya.

Terfikir juga bagaimanakah perasaan orang yang kehilangan ibu bapa untuk selamanya? Beraya tanpa orang yang tersayang adalah perkara yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

p/s: sebenarnya tak ada idea untuk menulis posting baru. Apapun saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir batin kepada smua, jangan lupa untuk puasa sunat enam. Semoga diriku, keluarga dan sahabat-sahabat semua di rahmati Allah sentiasa.

Wednesday, September 2, 2009

Artikel Pilihan: Cerita Sang Kekasih... صلى الله عليه وسلم

Artikel Pilihan
Murabbi Agung
http://murabbiagung.blogspot.com/


Rasulullah Melayan Isteri Baginda (Tajuk Asal)
Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a.. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

Artikel Pilihan: Ingin Bermimpi Nabi صلى الله عليه وسلم


Artikel Pilihan
Ukhti27
http://ukhti27.blogspot.com/


بسم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده



اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الرؤوف الرحيم
ذي الخلق العظيم وعلى آله وأصحابه وأزواجه
في كل لحظة عدد كل حادث وقديم

- Selawat ar-Ra`uf ar-Rahim


الســــلام عليكم ورحمة الله وبركـــاته






Seorang murid berjalan menuju rumah Syeikh nya. Tampak di wajah nya sedang menginginkan sesuatu. Ketika sampai di rumah Syeikh nya, dia duduk bersimpuh beradab di hadapan Sang Syeikh tak bergeming sedikitpun. Kemudian dengan wajah dan suara yang berwibawa itu, bertanyalah Syeikh kepada murid nya,
"Apakah yang membuatmu datang kepadaku di tengah malam begini?"


Dijawab nya dengan suara yang halus,
"Wahai Syeikh, sudah lama aku ingin melihat wajah Nabiku صلى الله عليه وسلم walau hanya lewat mimpi, tetapi keinginanku belum terkabul juga."

"Ooh... itu rupa nya yang kau inginkan. Tunggu sebentar," jawab Syeikh.


Dia mengeluarkan pena, kemudian menuliskan sesuatu untuk murid nya.
"Ini... bacalah setiap hari sebanyak seribu kali. Insya`ALLAH kau akan bertemu dengan Nabimu."


Pulanglah murid membawa catatan dari Sang Syeikh dengan penuh harapan ia akan bertemu dengan Nabi صلى الله عليه وسلم.


Tetapi setelah beberapa minggu kembalilah murid ke rumah Syeikh nya memberitahukan bahwa bacaan yang diberikan nya tidak berpengaruh apa-apa. Kemudian Syeikh memberikan bacaan baru untuk dicuba nya lagi.


Sayang nya beberapa minggu setelah itu murid nya kembali lagi memberitahukan kejadian yang sama. Setelah berdiam beberapa saat, berkatalah Sang Syeikh,
Nanti malam engkau datang ke rumahku untuk aku undang makan malam."


Sang murid menyetujui permintaan Syeikh nya dengan penuh keheranan. Dia ingin bertemu Nabi, tetapi kenapa diundang makan malam. Karena dia termasuk murid yang taat, dipenuhi nyalah permintaan Syeikh nya itu.


Datanglah ia ke rumah Syeikh nya untuk meni`mati hidangan malam nya. Ternyata Syeikh hanya menghidangkan ikan asin saja dan memerintahkan murid nya untuk menghabiskan nya.
"Makan, makanlah semua dan jangan biarkan tersisa sedikitpun!"


Maka sang murid pun menghabiskan seluruh ikan asin yang ada. Setelah itu ia merasa kehausan karena memang ikan asin membuat orang haus. Tetapi ketika ingin meneguk air yang ada di depan mata nya, sang Syeikh melarang nya,
"Kau tidak boleh meminum air itu hingga esok pagi, dan malam ini kau akan tidur di rumahku!" kata Sang Syeikh.


Dengan penuh keheranan dituruti nya perintah Syeikh tadi. Tetapi di malam hari ia susah untuk tidur karena kehausan. Ia membolak-balikkan badan nya, hingga akhir nya tertidur karena kelelahan. Tetapi apa yang terjadi? Ia bermimpi bertemu Syeikh nya membawakan satu ember air dingin lalu mengguyurkan ke badan nya. Kemudian terjagalah ia karena mimpi itu seakan-akan benar-benar terjadi pada diri nya. Kemudian ia mendapati Syeikh nya telah berdiri di hadapan nya dan berkata,
"Apa yang kau mimpikan?"


Dijawab oleh nya,
"Syeikh, aku tidak bermimpi Nabiku صلى الله عليه وسلم. Aku memimpikanmu membawa air dingin lalu mengguyurkan ke badanku."


Tersenyumlah Sang Syeikh karena jawaban murid nya. Kemudian dengan bijaksana ia berkata,
"Jika cintamu pada Nabi seperti cintamu pada air dingin itu, kau akan bermimpi Nabimu صلى الله عليه وسلم."


Menangislah sang murid dan menyadari bahwa di dalam diri nya belum ada rasa cinta kepada Nabi. Ia masih lebih mencintai dunia daripada Nabi. Ia masih meninggalkan Sunnah-Sunnah nya. Ia masih menyakiti hati umat Nabi. Ia masih... masih... masih...
"Ooh berapa banyak tenaga yang harus aku keluarkan untuk bertemu Nabiku. Aku sadari Nabiku bukan sesuatu yang murah dan mudah untuk dipetik atau dibeli dengan uang. Aku hanya berharap semoga Nabiku mendengar keluhan yang keluar dari hatiku ini dan menjemputku walau di dalam mimpi."
Nukilan indah : al-Fadhil Ustaz Husin Nabil ibn Najib as-Saqqaf حفظه الله تعالى - Sumber


اللهم صل على روح سيدنا محمد في الأرواح
وعلى جسده في الأجساد وعلى قبره في القبور



سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

Source:
Ukhti27

http://ukhti27.blogspot.com/

Artikel Pilihan (AP)

Artikel ini dipilih berdasarkan bacaan saya yang menyebabkan saya rasa SUKA dan mengandungi isi-isi yang memberi pengajaran kepada diri sendiri. Saya juga akan buat kopi dan pasta tanpa mengubah apa-apa kandungan bagi menjaga penulisan si penulis pada artikelnya. Siapalah saya untuk mengubah penulisan orang lain... (",)

Ia juga akan menjadi rujukan pada masa akan datang untuk diri sendiri. Maklumlah, saya bukan seorang budak yang rajin untuk mencari dan membaca banyak artikel, ditambah saya tiada idea untuk menulis, kawan-kawan sangat mengenali diriku ini, jangan marah yer, hehe... V(",)

Salah satu artikel pilihan yang saya sudah postkan ialah:

p/s: Kopi dan Pasta (Copy dan Paste), AP tu singkatan kepada Artikel Pilihan

Monday, August 24, 2009

AP: Tolong Sampaikan Sedekahku Ini Kepada Para Pelacur...

Artikel Pilihan
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Al-Azhar al-Syarif,
Kaherah Mesir


Seorang ulama besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya.Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga.

Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar.Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?” Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.

Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, “ Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami,moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan,adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?

Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.

Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.

Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”Jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit,masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini.Kalau begitu tidaklah mengapa.Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.”Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan.Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut.Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.

Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini.Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu,saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian.Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka.Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini.Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.

[sheikh+badruddin+hasani.jpg]

Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala.Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belumpun sampai 20 tahun.

Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya.Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.

Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat.Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun.Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya.Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah.Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.

Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya,bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu, malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah.Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian.Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut.

Semoga Allah taala merahmatimu wahai Tuan Guru yang mulia.

Saya mendengar kisah tersebut daripada Guru Saya yang Mulia, Syeikhuna al-Allamah Dr Wafiq al-Hijazi al-Hanafi hafizahullah.

Al-Fatihah buat Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Al-Azhar al-Syarif,
Kaherah Mesir
http://nazrulnasir.blogspot.com

p/s: AP singkatan pada Artikel Pilihan

52 Tahun Berlalu

52 Tahun Merdeka?

Menggelitar website adalah salah satu hobi kegemaran mengisi masa lapang untuk mencari sedikit informasi, sedar tak sedar, rupanya dah nak masuk 31 Ogos. Semua orang tahu akan tarikh 31 Ogos yang dikatakan adalah hari Kemerdekaan sebuah negara yang bernama Malaysia. Definasi Kemerdekaan bolehlah rujuk di sini.

Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 52 tahun. Adakah kemerdekaan pada kali ini tidak akan meriah kerana tidak boleh merayakannya dengan hiburan yang melalaikan?

Disebabkan tidak boleh melakukan perkara yang melalaikan di bulan Ramadhan ini, seperti minum arak, menari dengan bukan mahram, menambahkan keturunan anak-anak Malaysia, melakukan maksiat berleluasa dan sebagainya. Maka kemerdekaan tidak lagi disambut dengan meriah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Rupa-rupanya kemerdekaan adalah hiburan semata-mata, yang mana telah dijajah minda muda-mudi dengan budaya kuning oleh penjajah sebelum ini. Bagi saya, Malaysia belum merdeka sepenuhnya lagi.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana bulan Ramadhan kali ini hadir pada bulan kemerdekaan, maka maksiat akan berkurangan di bumi Malaysia ini kerana barakah dari bulan Ramadhan yang Allah turunkan padanya.

p/s: Gambar di atas telah di hantar ke sifoo.com untuk pertandingan design kemerdekaan... hehe V(",)

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem


Allahumma ballighna Ramadhan

Salam Ramadhan, kullu hayat wa antum bikhair

Sudah 23 tahun saya hidup di muka bumi Allah taala dengan pelbagai nikmat yang telah diberikan oleh-Nya. Walaupun kehidupan ini bukan selalunya senang dan susah, tapi saya sebagai hamba di muka bumi ini seharusnya sentiasa bersyukur kepada-Nya. Sama ada hidup ini susah mahupun senang, kehidupan sebagai seorang hamba Allah taala harus diteruskan.

Dalam beberapa jam lagi, Ramadhan akan datang lagi untuk tahun 1430H. Adakah saya sudah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan barakah dan rahmat dari Allah taala ini? Adakah saya akan menyambut Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya? Adakah saya dapat merasai Ramadhan kali ini walaupun seminit?

Allahumma ballighna Ramadhan...

Allahumma ballighna Ramadhan...

Allahumma ballighna Ramadhan...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna... V(",)

Wednesday, August 19, 2009

Menulis Atau...

Menulis atau Mengarut atau Membebel?

Salamualaikum dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Sollallahualaihiwassalam,

Saya? Menulis? huh... Tak percaya dibuatnya. Saya ingin belajar menulis, tapi... Saya tidak mempunya bakat dalam dunia penulisan, sekarang saya menulis untuk sesuatu yang saya tidak tahu dan cuba buat tahu, pasti akan keluar keputusan yang mengarut dalam penulisan ini.

Jadi, sebagai seorang yang tidak berbakat macam saya ini, cubalah belajar dengan lebih baik pada masa akan datang. Banyak membaca, banyak belajar, banyak melakukan perkara berfaedah dari benda yang pasti tak ada faedahnya. Jangalah ulangi kesalahan sama untuk kali kedua atau ketiga dan yang pasti ia akan menyerlahkan lagi ketidakcerdikan diri sendiri ini.

Erm... Rupanya seronok juga membebel untuk diri sendiri, dapat juga buka hati yang tertutup dari menerima teguran yang berguna. V(",)

Saya selalu ingat akan pesanan dari seorang Ustaz semasa di Sekolah Menengah dulu yang menasihati saya dan kawan-kawan untuk pergi study di malam hari.

"Turun-turun... Pergi study nuh... Ingat pesanan mok ayoh" pesan Ustaz Amir

Tapi yang masalahnya, saya masih lagi berperangai sediakala, tidak berubah. Dulu kini dan selamanya.

Oh tidak... Saya mahu berubah...

Monday, August 10, 2009

'Retouch' Foto


'Retouch' Foto
Hari ini saya telah pelajari sesuatu yang lama bagi orang profesional dalam bidang designer, tapi baru bagi saya sebagai budak baru belajar.

Di sini saya retouch foto hasil tutorial dari Sifoo.com dan sedikit penambahan tulisan bayangan dalam air. Terimas kepada Sifoo yang sudi kongsi pengalaman dalam bidang designer.

p/s: sesiapa yang ingin belajar designer, anda hendaklah mencuba sendiri untuk membuatnya bagi menambah pengalaman. V(",)

p/s untuk diri sendiri: warna gradient ff9900, ffcc33, ffffcc

Google Analystics


Google Analystics
Analisis traffic adalah gadget yang biasa orang guna dalam laman mereka bagi mengetahui visitor yang melawat laman mereka, dan banyak gadget-gadget percuma dan berbayar yang disediakan dalam internet.

Hari ini saya ingin berkongsi Gadget pilihan untuk blogger iaitu Google Analystics. Gadget ini adalah keluaran daripada Google dan ia tidak semestinya untuk blog, tapi untuk semua jenis website bagi menganalisi traffic keluar masuk ke laman kita.

Jika blogger itu jenis mahukan traffic yang tinggi dan ingin tahu apa visitor perlukan, maka Google Analystics boleh memberi data-data visitor yang datang ke blog tersebut. Maka para blogger boleh membuat perubahan atau menambah maklumat yang diperlukan oleh visitor untuk menarik minat dan menambahkan lagi traffic ke blognya.

Sebenarnya saya tak pandai nak mengulas lanjut bab ini, jika anda mahu tahu lebih lanjut, sila lah ke laman web Google Analystic V(",)

Thursday, July 23, 2009

Blogger Templates


Blogger Templates

Kebiasanya semua pemilik blog mahu mencantikkan dan membezakan blog mereka dengan menukar template ataupun tema blog. Pada kali ini, saya ingin berkongsi satu tempat di mana himpunan template secara percuma boleh didapati dengan mudah. Walaupun masih ada banyak lagi tempat-tempat yang menyediakan template secara percuma, tetapi saya memilih

BTemplate.

Kenapa saya memilih BTemplate? Saya pun tidak pasti, mungkin di sana banyak pilihan template yang menawan hati untuk mengubah blog saya. jika mahu mencari template di tempat lain, di persilakan. Saya cadangkan anda menggunakan Google ( google is my friend... hehe).

Selamat mencuba V(",)

Chat Box Pilihan


Cbox (Chat Box) Pilihan
Setiap blog yang pernah kita lawati, mesti di dalamnya diisi dengan gadget chat box. Gadget chat seperti ini begitu banyak dan mudah untuk dapatkan dalam internet.

Untuk berkongsi gadget pilihan, saya memilih gadget Cbox Basic yang percuma. Anda perlu layari laman web Cbox untuk daftar dan mendapatkan code HTML dan kopi pastalkan code Cbox ke dalam blog anda. Ia begitu friendly ataupun mudah untuk menggunakannya.

Kelebihan
  • Percuma (tentu sekali pilihan di hati... hehe)
  • Security (anda boleh mengawal untuk memberi siapa yang boleh post chat ataupun mahu memnyekatnya)
  • Customizable (anda boleh menceriakan cbox dengan mengubah code html)
  • dan lain-lain (nak tahu lagi, cuba sendiri)
Ok, setakat ini dulu gadget untuk kali ini

p/s: ini bukan promosi dan ia hanyalah kongsi maklumat yang saya tahu sahaja... V(",)

Bila Aku Kembali

Salam dan Selawat kepada Rasulullah Sollallahualaihiwassalam,

Alhamdulillah, sudah sekian lama aku meninggalkan dunia blog yang penuh dengan pelbagai ragam manusia dan blog. Sekarang aku kembali bukan mahu menunjukkan kehebatan dalam penulisan ataupun bermain blog, aku hanya sekadar ingin mencari inspirasi dalam dunia maya yang boleh membawa diriku ini kehadapan dan moga aku dapat membaiki akan kelemahan diri sendiri dalam pelbagai bidang.

Disamping itu, semangat dari kawan-kawan yang sentiasa memberi nasihat kepada diriku supaya tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu menyebabkan aku kembali bersemangat dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan ujian ini.

Semoga setiap apa yang aku lakukan ataupun ceburi akan diredhai oleh Allah Taala.

V(",)