Pages

Tuesday, November 2, 2010

Selalulah beringat


Selepas pusing-pusing dunia, ketemu aku dengan artikel yang terkena atas kepala sendiri:


"Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bilamana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi. Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.

Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.

Cinta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini. Terlalu sayang, sayang sangat-sangat hingga bisu untuk menegur kesalahan, sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta. Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.

Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah. Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini. Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)” asy-Syam (91:9-10) "

Bacaan penuh artikel di atas di sini

Moga aku gagah dalam mengawal diri sendiri...

Aku terkapai-kapai

Berfikir, berfikir, berfikir, sampaikan aku tidak tahu apa yang patut ditulis dalam nota hidup ku ini, aku seorang lemah dalam ilmu penulisan, aku ... aku.... dan aku...

02 November 2010
Kuliah sudah memanggil, aku masih lagi terlena dalam buaian mimpi dunia, kekawan semua sudah pulang meneruskan perjuangan di tanah air, tinggallah aku keseorangan di padang pasir yang penuh seribu harta karun, tersilap langkah boleh membawa padah, mengikut jalan yang betul, boleh membawa seribu kekayaan dunia dan akhirat...

mode: Marwan balik masia... waaa...