Pages

Thursday, October 1, 2009

Syawal Datang Lagi



Salam Aidiladha kepada keluarga dan sahabat-sahabat sekalian, 

Selawat ke atas junjungan Rasulullah Sallallahualaihiwassalam


Sudah berlalu pergi Ramadhan yang penuh barakah, datang pula Syawal yang mulia.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf zahir dan batin, semoga Ramadhan yang telah berlalu membawa seribu tahun kebaikan dan keredhaan Allah dan Syawal menjelma sebagai kemenangan kepada sesiapa yang berjaya dalam menempuh ujian sepanjang Ramadhan.

Adakah saya layak untuk bergembira di bulan Syawal ini? Sedangkan amalan yang dilakukan di bulan Ramadhan tak seberapa?

Solat rawatib untuk menampung kecacatan yang ada pada solat fardhu, puasa sunat enam untuk menampung kecacatan pada puasa di bulan Ramadhan, semoga Allah memberi kekuatan kepada diri untuk meneruskan ibadah dan mendapat keredhaan dari Allah taala.

Aidilfitri tanpa Ibu
Tahun ini walaupun beraya di Malaysia, tapi kesunyian dan kegembiraan tak sama dengan sebelumnya, walaupun saya pernah beraya tanpa ibu dan ayah di perantauan, tapi kali ini tanpa ibu di pagi raya membuatkan diri rasa sunyi.

Ibu terpaksa pulang ke kampungnya di seberang sempadan seawal pagi raya kerana dikhabarkan datuk sedang sakit tenat. Saya tak dapat untuk menemani ibu kerana masalah keselamatan tak dijamin untuk orang lelaki pergi ke sana. Maka saya beraya tanpa ibu hampir seminggu, tapi bagaikan bertahun lamanya.

Terfikir juga bagaimanakah perasaan orang yang kehilangan ibu bapa untuk selamanya? Beraya tanpa orang yang tersayang adalah perkara yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

p/s: sebenarnya tak ada idea untuk menulis posting baru. Apapun saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir batin kepada smua, jangan lupa untuk puasa sunat enam. Semoga diriku, keluarga dan sahabat-sahabat semua di rahmati Allah sentiasa.

0 comments:

Post a Comment